Tuesday, April 16, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    City, Villa kongsi mata

    BIRMINGHAM, UNITED KINGDOM, 4 SEPT – Erling Haaland melanjutkan permulaan cemerlangnya dalam saingan Liga Perdana, tetapi Pep Guardiola mengakui Manchester City tidak bermain dengan sebaiknya ketika seri 1-1 pada Sabtu menentang Aston Villa yang sedang bergelut untuk memperoleh kemenangan.

    Haaland cemerlang sejak berpindah dengan nilai £51 juta (AS$58 juta) dari Borussia Dortmund pada musim penutup dan dia sekali lagi menjaringkan gol pada separuh masa kedua di Villa Park.

    Ia merupakan gol ke-10 penyerang Norway itu dalam enam perlawanan Liga Perdana pertamanya yang berkongsi rekod bersama Micky Quinn yang mencatatkan jumlah jaringan yang sama untuk Coventry pada 1992.

    Tetapi skuad bimbingan Guardiola dihukum kerana gagal mengutip tiga mata selepas Leon Bailey menyamakan kedudukan minit ke-74.

    Ia adalah kali pertama musim ini City gagal menjaringkan lebih daripada satu gol dalam satu perlawanan, selepas menjaringkan 19 gol dalam lima perlawanan pembukaan mereka musim lalu.

    Aksi Erling Haaland meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol pembukaan pasukannya semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris mrnrntang Aston Villa di Villa Park di Birmingham, England, pada 3 September 2022. – AP

    Selepas seri 3-3 menentang Newcastle pada Ogos tahun lalu, ini adalah kali ke-dua City gagal meraih mata maksimum.

    City yang belum pernah tewas, kekal berada di tempat kedua, di atas Tottenham dengan perbezaan gol dan satu mata di belakang pendahulu Arsenal, yang akan menentang Manchester United pada Ahad ini.

    Villa berada di atas zon penyingkiran dengan gol yang dijaringkan selepas aksi cemerlang yang akan meringankan tekanan ke atas pengendalinya, Steven Gerrard untuk sekurang-kurangnya beberapa hari.

    Kyle Walker mensia-siakan peluang keemasan untuk meletakkan City di hadapan dalam masa empat minit apabila bek kanan itu menyambar bola dari hantaran Ilkay Gundogan selepas gerakan yang menembusi pertahanan Villa.

    Selepas tiada percubaan tepat di babak pertama, City akhirnya membuka jaringan lima minit memasuki babak kedua menerusi Haaland yang mendapat umpanan De Bruyne. Haaland. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...