Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    ‘Claude’ kini boleh diakses di Eropah

    SAN FRANCISCO, 14 MEI – Pesaing OpenAI, Anthropic kelmarin mengumumkan bahawa pembantu kecerdasan buatan (AI) mereka, ‘Claude’ kini boleh diakses di Eropah selepas dilancarkan di Amerika Syarikat pada awal tahun ini.

    “Kami teruja untuk mengumumkan bahawa Claude, pembantu AI yang dipercayai oleh Anthropic, kini tersedia untuk orang ramai dan perniagaan di seluruh Eropah bagi meningkatkan produktiviti dan kreativiti mereka,” kata syarikat permulaan teknologi yang berpangkalan di San Francisco itu dalam satu catatan blog.

    Ia juga tersedia untuk perniagaan melalui pelan langganan berbayar ‘Claude Team’, tambah syarikat itu. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...