Wednesday, July 16, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Claudia Sheinbaum rai kemenangan pilihan raya Presiden Mexico

    MEXICO CITY, 3 JUN – Saintis iklim Mexico dan bekas Datuk Bandar Mexico City, Claudia Sheinbaum meraikan kemenangannya dalam pilihan raya Presiden kelmarin sebagai calon gabungan Let’s Keep Making History.

    Sheinbaum menyampaikan ucapan penerimaan pada awal pagi tadi selepas Institut Pilihan Raya Nasional mengeluarkan keputusan kiraan pantasnya.

    Keputusan awal menunjukkan bahawa beliau menang antara 58.3 peratus dan 60.7 peratus undian, lapor agensi berita Xinhua.

    Sheinbaum, 61, akan menjadi presiden wanita pertama Mexico dalam lebih daripada 200 tahun kemerdekaannya.

    Calon pembangkang, Xochitl Galvez meraih antara 26.6 peratus dan 28.6 peratus undian, dan mengakui kekalahan kepada pesaing daripada parti pemerintah, Sheinbaum, hari ini.

    Satu-satunya calon lelaki, Jorge Alvarez Maynez, yang mewakili parti Gerakan Warganegara, menerima antara 9.9 peratus dan 10.8 peratus undian. – Bernama

    Claudia Sheinbaum meraikan keputusan pilihan raya umum di Zocalo Square di Mexico City, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda