LOS ANGELES, 30 Okt – Juara NBA, Golden State Warriors dan finalis yang dikalahkan Cleveland tewas semalam ketika pergelutan awal musim berterusan bagi pasukan kuasa liga itu.
Tim Hardaway Jr. dan Kristaps Porzingis bergabung untuk mencatatkan 66 mata untuk memberikan pendahuluan kepada New York Knicks bagi kemenangan 114-95 ke atas Cavs di Cleveland.
Di Oakland, California, pasukan Warriors mencatatkan 25 turnover dalam kekalahan 115-107 kepada Detroit Pistons.
Pasukan Knicks melakarkan kemenangan pertama mereka ke atas Cavs sejak 30 Oktober 2014, yang menamatkan 10 kekalahan berturut-turut ke atas Cavs, dikatakan sebelum musim untuk menuju ke finals bagi kali keempat.
Hardaway menjaringkan 34 mata dan Porzingis menambah 32 mata dengan 12 rebounds bagi pasukan Knicks, yang menyerahkan LeBron James dan Cavaliers kekalahan ke-empat dalam tempoh lapan hari.
“Kekalahan pada malam ini dan beberapa hari lalu adalah sukar diterima, dan satu-satunya cara kami mampu untuk keluar dari kedudukan ini adalah untuk bekerja keras – sebagai pemain, sebagai jurulaith,” kata jurulatih pasukan Cavaliers, Tyronn Lue. ‘”Dan kami akan melakukannya.”
Sehari selepas tewas kepada New Orleans Pelicans, pasukan Cavaliers dilihat dalam keadaan tidak bermaya ketika mereka mengekori 18 mata pada suku ketiga.
Mereka merapatkan defisit kepada 94-88 menerusi James dengan persaingan berbaki 8:20 sebelum Knicks kembali mendapatkan kawalan.
Kevin Love sekali lagi mendahului Cleveland dengan 22 mata dan 11 rebound.
James menambah 16 mata, 10 rebounds dan tujuh asis dan berkata ia terlalu awal dalam musim ini untuk merasa bimbang.
“Apa ini? Oktober? Saya tidak akan memikirkannya buat masa sekarang,” kata James. – AFP