Clippers benam Celtics

LOS ANGELES, 21 NOV – Lou Williams menghasilkan 27 mata, sementara Kawhi Leonard dan Paul George mencatatkan 42 mata dalam pertandingan pertama mereka bersama Clippers, dan Los Angeles bangkit untuk mengatasi Boston Celtics 107-104 malam semalam.

George menghasilkan 25 mata, Leonard menambah 17 mata dan menghalang Kemba Walker untuk memperoleh tiga mata selepas mengalami kecederaan dan rehab menghalang mereka daripada beraksi dalam perlawanan sama dalam 14 perlawanan pertama.

Clippers menunjukkan peningkatan 9-1 di laman sendiri selepas kembali memberikan tentangan daripada defisit 10 mata dalam perlawanan keempat.

Dalam masa tambahan, George memperoleh 3-pointer selepas dia terlepas percubaan pertama dan Patrick Beverly mendapat rebound, kemudian George menewaskan Beverley untuk memperoleh tiga mata. Humbanan percuma George ketika perlanggaran teknikal terhadap jurulatih Boston, Brad Stevens, melengkapkan tujuh straight point dan Clippers mendahului 104-99.

Celtics di hadapan dengan 104-102 pada jaring Jaysom Tatum selepas peristiwa perlanggaran badan yang mengakibatkan pemain jatuh ke lantai apabila kedua-dua pasukan mengejar bola yang terlepas sebelum Boston berjaya memintasnya.

Beverley memberikan 3-pointer dari sudut di depan bangku simpanan Clippers untuk mendahului 107-102, memberi keterujaan kepada peminat Los Angeles, sekali gus menghampakan kontinjen besar peminat Celtics di tempat duduk. – AP

Aksi Godney dan Enes Kanter berebut bola semasa separuh masa pertama perlawanan NBA, di Los Angeles. – AP