Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Clippers semakin hampiri playoff NBA

    LOS ANGELES, 9 APRIL – Kawhi Leonard menjaringkan 27 mata dan Norman Powell menambah 23 daripada bangku simpanan ketika Los Angeles Clippers menewaskan Portland Trail Blazers 136-125 untuk satu tempat playoff NBA semalam.

    Clippers naik ke tempat kelima dalam Western Conference dengan rekod yang sama dengan juara bertahan Golden State.

    Tetapi kempen mereka untuk mengelak bermain untuk pasukan ketujuh hingga ke-10 akan berakhir pada hari terakhir musim biasa hari ini, apabila setiap pasukan NBA akan beraksi.

    “Kami bermula sedikit perlahan,” kata pemain tengah Ivica Zubac mengenai Clippers, yang menyusuli Portland 10 mata sebelum mengurangkan defisit kepada enam pada separuh masa.

    “Kami tahu kami perlu menambah momentum, kami memerlukan satu kemenangan, jadi kami keluar penuh bersemangat dan kami berjaya menyelesaikan tugas itu.”

    Aksi pemain Clippers, Terance Mann (kiri) dan Jabari Walker semasa perlawanan di Los Angeles pada 8 April 2023. – AP

    Leonard menjaringkan 13 mata pada suku ketiga ketika Clippers bangkit semula, mengatasi Blazers 45-26 untuk menguasai perlawanan.

    Mereka mencatat lapan daripada 12 three-pointers dalam pusingan ketiga, kemudian melonjakkan pendahuluan kepada 19 mata pada pusingan keempat.

    Kemenangan Clippers memastikan Minnesota Timberwolves akan menjadi antara empat pasukan play-in yang bertarung untuk dua tempat playoff, walaupun selepas kemenangan besar Minnesota 151-131 ke atas San Antonio Spurs.

    Sementara itu, Los Angeles akan cuba mengesahkan tempat playoff mereka dengan kemenangan ke atas pasukan keempat Phoenix Suns pada hari ini dalam apa yang boleh menjadi pratonton siri pusingan pertama.

    Timberwolves menjaringkan 24 three-pointer musim ini dan mencipta rekod francais untuk mata yang dijaringkan dalam kemenangan mereka ke atas San Antonio.

    Anthony Edwards pula menyumbang empat three-pointer dan menja-ringkan 33 mata tertinggi permainan.

    Pelicans akan mencari kemenangan dalam perlawanan itu untuk mengekalkan tekanan ke atas Lakers yang berada di tempat ketujuh, yang mengakhiri musim ini menentang Utah. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Bisnes & IT

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    AS desak perpecahan perniagaan iklan Google

    Hampir 1,600 warga asing ditahan dalam serbuan pusat penipuan di Myanmar

    Berita Berkaitan

    Newcastle hampakan City

    NEWCASTLE, 23 NOV – Pep Guardiola berang selepas Newcastle...

    Tang Jie-Ee Wei rangkul juara Terbuka Australia

    KUALA LUMPUR, 23 NOV – Beregu campuran utama Malaysia,...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Kejohanan boling rai 69 tahun pendidikan ugama formal

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Seramai...

    Terkini

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    Oleh Salawati Haji Yahya -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    AS desak perpecahan perniagaan iklan Google

    WASHINGTON, 23 NOV - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) pada...

    Hampir 1,600 warga asing ditahan dalam serbuan pusat penipuan di Myanmar

    YANGON, 23 NOV - Tentera Myanmar berkata hari ini,...

    Siklon tropika Fina landa Utara Australia

    SYDNEY, 23 NOV - Penduduk Wilayah Utara Australia mula...