Ahad, 23 November 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Clippers tambah derita Celtics

    LOS ANGELES, 13 DIS – Los Angeles Clippers kelmarin menewaskan pasukan teratas NBA, Boston Celtics 113-93 dengan penuh gaya.

    Paul George menjaringkan 26 mata dan Kawhi Leonard mencatat rekod peribadi tertinggi musim ini dengan 25 mata, sembilan rebounds dan enam assists ketika pasukan yang dibelenggu kecederaan itu menunjukkan betapa hebatnya mereka boleh bermain.

    Manakala, Jaylen Brown menjaringkan 21 mata dan Jayson Tatum menambah 20 mata dengan 11 rebounds untuk Celtics, yang baru sahaja tewas 123-107 kepada Golden State Warriors baru-baru ini.

    Ini merupakan kali pertama sejak Oktober Celtics tewas dua perlawanan berturut-turut, sekali gus mencacatkan rekod terbaik mereka kepada 21-7.

    Clippers berjaya menyekat kemaraan penyerang Celtics, mengehadkan percubaan Tatum kepada empat daripada 12 pada separuh masa pertama.

    Tatum dan Brown hanya berjaya melakukan tiga daripada 14 percubaan tiga mata manakala Celtics membuat sembilan daripada 39 percubaan di luar lengkungan.

    Leonard berkata pertahanan yang kuat adalah ‘hasil usaha berkumpulan’.

    “Mengunci pergerakan mereka, memastikan Tatum dijaga oleh dua orang dan percubaan Brown dihalang oleh banyak pemain, inilah yang diperlukan pasukan.”

    Jurulatih Boston, Joe Mazzulla berkata Celtics ‘kehilangan sentuhan’ dalam suku ketiga, apabila Leonard dan George mula melancarkan serangan.

    “Margin untuk kesilapan adalah kecil. Apabila awda tampak hebat tetapi awda tidak memberi sebarang kesan kepada mereka, jadi awda perlu mencari cara lain untuk menang,” kata Mazzulla. – AFP

    Aksi Kawhi Leonard (kanan) ketika bersaing dengan Jaylen Brown dalam perlawanan bola keranjang antara Clippers dan Celtics di Los Angeles, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda