Clippers terus beraksi cemerlang

LOS ANGELES, 2 DIS – Jurulatih Los Angeles Clippers, Doc River memberikan permainan pertama untuk Paul George yang telah mencapai 3-pointer ketika pasukan itu bertemu dengan pasukan Washington Wizards dan sepanjang perlawanan rakan pasukannya telah melihat kelebihan yang ada padanya.

Kawhi Leonard menjaringkan 34 mata, George menambah 31 mata ketika Los Angeles Clippers menewaskan Wizards 150-125, kelmarin untuk kemenangan ke-12 berturut-turut di laman sendiri.

“Ini satu tanggungjawab yang baru. Dia merupakan penjaring terbaik,” kata River mengenai George. “Jaringannya tepat ketika bergerak dan mampu mengimbangi dengan baik.”

Montrezl Harrell menambah 23 mata dan 15 rebounds dalam kariernya. Sementara itu, Lou Williams mempe-roleh 22 mata buat Clippers, yang mendahului dalam memperbaiki kedudukan francais-terbaik 12-1 di Staples Center.

“Mereka atlet untuk jangka masa yang lama, tegap dan kuat dan berfikiran bertahan,” kata jurulatih Wizards, Scott Brooks. “Selain itu, mereka boleh mendapat jaringan. Itulah manfaat yang besar.”

Clippers membuat jaringan 57% ketika mendahului 27 mata dalam separuh masa pertama apabila George memperoleh 27 mata.

“Kami perlu sedikit lebih agresif sebagai satu pasukan,” kata Williams. “Kami sangat cekap pada serangan ak-hir. Jaringan yang kerap kali kami lakukan adalah apa yang kami mahukan. “

George dan Leonard digabungkan untuk menjaringkan 10 gol pertama Clippers di suku ketiga apabila mereka mendahului 95-69.

Pasukan Wizards melepaskan 11 mata berturut-turut untuk mengakhiri perlawanan dalam masa 15 saat dalam permainan utama mereka. – AP

Pemain Wizards Rui Hachimura menuju ke jaring ketika pemain Clippers Terance Mann melakukan halangan semasa separuh masa kedua perlawanan bola keranjang NBA di Los Angeles. – AP