Wednesday, November 20, 2024
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Clippers tundukkan Warriors

    LOS ANGELES, 19 NOV – Los Angeles Clippers menahan asakan hebat pada penghujung permainan untuk mengejutkan Golden State Warriors 102-99 dalam NBA kelmarin.

    Norman Powell memimpin kutipan mata Clippers dengan 23 mata, termasuk lima lontaran tiga mata, ketika kelab Los Angeles itu meningkatkan rekod musim mereka kepada 8-7 selepas menewaskan pendahulu Western Conference itu.

    Clippers mendahului dengan 15 mata pada penghujung suku kedua, namun Warriors berjaya mengecilkan jurang untuk mengurangkan perbezaan kepada tiga mata pada penghujung suku ketiga.

    Clippers berusaha gigih untuk menahan asakan Golden State pada suku keempat, dan Warriors gagal menyempurnakan peluang untuk menyamakan kedudukan apabila percubaan tiga mata Gary Payton II pada saat akhir tidak masuk, sekali gus menggagalkan peluang ke masa tambahan.

    Stephen Curry memimpin jaringan untuk Warriors dengan 26 mata, manakala Andrew Wiggins menambah 22 mata.

    Aksi Norman Powell mengawal bola semasa separuh masa pertama bola keranjang NBA di Houston. – AP

    Jurulatih Clippers, Tyronn Lue, berkata beliau telah memberikan motivasi kepada pasukannya pada akhir suku ketiga.

    “Saya berkata kepada rakan sepasukan bahawa ‘mereka adalah pasukan nombor satu di Barat atas sebab tertentu’ tetapi kami masih mendahului dengan tiga mata, di tempat sendiri,” kata Lue.

    “Tetapi saya berbangga dengan pasukan ini. Mereka membuat kebangkitan besar seperti biasa, dan kami berjaya mengekalkan ketenangan serta meraih kemenangan.”

    Di tempat lain pada Isnin, Damian Lillard kembali selepas berehat tiga perlawanan akibat gegaran otak dan menjaringkan layup dramatik dengan baki 3.9 saat untuk memberikan kemenangan penting 101-100 kepada Milwaukee Bucks ke atas Houston Rockets yang sedang dalam prestasi baik.

    Houston memasuki perlawanan de-ngan rekod kemenangan lima perlawanan berturut-turut dan kelihatan bersedia untuk meneruskannya selepas mendahului dengan 13 mata pada suku pertama. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda