Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Club Brugge ikat Barca

    BRUGES, 6 NOV – Pasukan gergasi Sepanyol, Barcelona, perlu bangkit daripada ketinggalan tiga kali untuk seri 3-3 di Club Brugge dalam Liga Juara-Juara, kelmarin.

    Pemain sayap remaja, Lamine Yamal, kembali ke prestasi terbaiknya untuk pasukan Hansi Flick dengan membantu mereka meraih satu mata dalam perlawanan yang mendebarkan di Belgium.

    Pertahanan Barca diasak beberapa kali oleh pasukan tuan rumah, dengan pemain sayap Brugge, Carlos Forbs, menjaringkan dua gol dan turut membantu mencipta gol kepada Nicolo Tresoldi untuk menjaringkan gol.

    Ferran Torres, Yamal dan gol sendiri Christos Tzolis menyelamatkan Barcelona, yang bergelut dengan kecederaan beberapa orang pemain, daripada kekalahan.

    “Ia perlawanan yang saya rasa kami perlu menang, tetapi kami perlu melakukan sesuatu dengan lebih baik,” kata pemain tengah Barca, Frenkie de Jong, kepada Movistar.

    “Kami perlu menyesuaikan beberapa perkara, kami tahu itu, kami sedang berusaha apatah lagi jika kami dibolosi tiga gol, sukar untuk menang,” tambahnya.

    Barcelona berada dalam prestasi yang goyah sejak beberapa minggu kebelakangan ini, termasuk tewas kepada pesaingnya, Real Madrid, dalam perlawanan La Liga Clasico.

    Pasukan Catalan itu telah bergelut dari segi pertahanan sepanjang musim ini, tetapi Flick berkata pasukannya tidak akan mengubah gaya dan barisan pertahanan mereka.

    “Kami boleh bercakap tentang mengubah segala-galanya, tetapi saya bukan jurulatih yang boleh mengubah ini,” kata Flick. – AFP

    Yamal (kiri) bersaing untuk mendapatkan bola dengan Joaquin Seys semasa perlawanan bola sepak di stadium Jan Breydelstadion, di Bruges pada 5 November. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda