HONG KONG, 30 Nov – Pemilik kumpulan peranginan percutian mewah Perancis, Club Med hari ini melancarkan tawaran awal terbuka di Hong Kong dengan harapan mengumpul lebih setengah bilion dolar.
Fosun Tourism, sebuah unit Kumpulan Fosun, menawarkan 214.2 saham yang bernilai antara HK$15.60 dan HK$20.00, menurutnya dalam prospektus dan berharap melengkapkan perjanjian pada Jumaat depan dengan penyenaraian seminggu kemudian. Ia berharap dapat mengumpul AS$548 juta.
Selain jenama Club Med yang dibelinya dengan harga lebih AS$1 bilion dalam tahun 2015, Fosun memiliki Atlantis Sanya, kompleks hotel mewah di destinasi percutian popular di Pulau Hainan, China.
IPO adalah yang terbaru di Hong Kong, yang mana AS$33 bilion dikumpul tahun ini dari penyenaraian baharu, lebih dua kali ganda dari tahun lalu, menurut Bloomberg News.
Bagaimanapun sebilangan berdepan kesukaran selepas kemunculan pertamanya, termasuklah syarikat gergasi telefon, Xiaomi dan China Tower, ketika pasaran ekuiti sejagat dilanda ketidakpastian disebabkan perang dagangan China-AS dan juga pertumbuh ekonomi lembap di seluruh udnia dan terutamanya di China.
Fosun Group adalah salah sebuah syarikat ‘grey rhino’ di China, berserta dengan Wanda, HNA dan Anbang, yang diletakkan di bawah pengawasan dari pihak berkuasa tanah besar yang ingin bertindak ke atas pemerolehan asing yang menimbulkan hutang.
Konglomerat yang beribu pejabat di Shanghai itu berminat dengan hartanah, kewangan, farmaseutikal, keluli dan hiburan. – AFP