Saturday, April 19, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    CMG adakan pertandingan olahraga robot anjing

    BEIJING, 28 FEB – Kumpulan Media China (CMG) melancarkan pertandingan olahraga robot anjing edisi pertama di Beijing kelmarin.

    Kejohanan itu dianjurkan sebagai segmen pembuka tirai Pertandingan Kemahiran Robotik Sedunia CMG.

    Presiden CMG Shen Haixiong dalam majlis pelancaran berkata industri robotik adalah indikator penting untuk menilai taraf inovasi teknologi serta sektor pembuatan maju di sesebuah negara.

    Menurut beliau China merupakan antara pengeluar dan pengguna robot yang terbesar di dunia.

    Shen berharap acara berkenaan dapat mendorong teknologi pintar terus berkembang demi kebaikan dan kesejahteraan manusia, selain menyumbang kepada pembinaan negara yang maju dalam bidang teknologi.

    Pertandingan itu menarik penyertaan pasukan penyelidikan robotik yang unggul dari seluruh dunia untuk memaparkan hasil inovasi teknologi berkenaan secara menyeluruh. –     Bernama

    Gambar fail AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda