Sunday, October 2, 2022
33.3 C
Brunei

CMG dipilih sebagai penyiar Olimpik

-

BEIJING, 6 SEPT – Kumpulan Media China (CMG) dilantik sebagai penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024 selepas menandatangani perjanjian kerjasama dengan Perkhidmatan Penyiaran Olimpik (OBS) pada Isnin.

Menurut perjanjian itu, CMG akan menjadi penyiar untuk empat acara utama iaitu gimnastik (artistik, berirama dan trampoline), ping pong, badminton dan “rock climbing”.

Kerjasama itu sekali gus menjadikan CMG agensi penyiar kebangsaan yang menyiarkan acara paling banyak untuk Sukan Olimpik Paris.

Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach menerusi sepucuk surat mengucapkan tahniah kepada CMG atas kerjasama terbaru dengan OBS itu.

Sementara itu, Presiden CMG, Shen Haixiong berkata penglibatan CMG dalam penyiaran temasya berkenaan memperlihatkan pengiktirafan IOC dan OBS terhadap keupayaan CMG dalam bidang teknologi serta membuat liputan acara sukan.

Ketua Pegawai Eksekutif OBS, Yiannis Exarchos memuji prestasi CMG dari segi inovasi dan aplikasi teknologi, pasukan petugas yang profesional serta kualiti program, sambil menyifatkannya sebagai rakan kongsi terbaik OBS.

Kerjasama OBS-CMG dalam penyiaran Sukan Olimpik Paris 2024 satu peristiwa signifikan yang pasti akan melonjakkan kolaborasi kedua-dua pihak ke tahap baharu, katanya. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

19 terbunuh, 28 cedera dalam kejadian letupan bom

ISLAMABAD, 30 SEPT – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam satu kejadian pengeboman nekad di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan,...
- Advertisment -