Saturday, November 16, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    CMG rancang gabung AI dengan media

    BOAO, 27 MAC – China Media Group (CMG), saluran media terkemuka China telah memulakan perancangan ke arah menggabungkan kecerdasan buatan (AI) dengan media yang menjadi peristiwa penting dalam penciptaan kandungan inovatif.

    CMG juga melancarkan ‘Mitologi Cina,’ drama bersiri pendek berbilang bahasa pertama yang dihasilkan sepenuhnya oleh AI, mewakili peralihan revolusioner dalam penciptaan kandungan dengan AI mengendalikan setiap aspek pengeluaran, termasuk reka bentuk seni, papan cerita, pengeluaran video, alih suara dan runut bunyi.

    Selain itu, CMG berkata AI boleh mengatasi halangan bahasa untuk penonton pencapaian yang tidak dapat ditandingi sebelum ini dalam industri.

    Saluran media itu melancarkan episod pertama drama bersiri pendek AI Reads Classics bertajuk Zhou Chu Eliminates Three Evils, dengan penerbitan episod pertama selesai dalam masa lima hari sahaja.

    “Ia menunjukkan kecekapan yang AI bawa kepada proses yang biasanya memerlukan tiga hingga empat bulan tanpa AI,” menurut CMG dalam satu kenyataan. Menurut CMG, CGTN mempersembahkan The Rebirth of the Young Hero Nezha, sebuah produksi AI yang mentafsir semula mitologi purba menggunakan teknologi moden.

    Untuk menangani risiko dan cabaran yang ditimbulkan oleh AI dalam industri media, CMG berkata ia telah membangunkan dan mengeluarkan satu set peraturan pertama yang mengawal penggunaan AI dalam media China. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda