CO2 China berkurang buat pertama kali

BEIJING, 25 NOV – Pelepasan karbon dioksida (CO2) China berkurang dalam suku ketiga buat pertama kali sejak negara itu membuka semula negaranya daripada sekatan pergerakan COVID-19, menurut penyelidikan yang disiarkan hari ini, dalam apa yang pakar-pakar katakan boleh menandakan ‘titik peralihan’ karbon bagi negara itu.

Namun ancaman kelembapan ekonomi mungkin akan mencetuskan pihak berkuasa untuk beralih kepada langkah rangsangan infrastruktur, meningkatkan pelepasan sekali lagi, menurut penyelidikan oleh Pusat Penyelidikan bagi Udara dan Tenaga Bersih (CREA).

Ekonomi kedua terbesar di dunia itu berikrar untuk mencapai pelepasan sebelum 2030 dan keneutralan karbon menjelang 2060 – namun pihak berkuasa bergelut untuk mengikis kebergantungannya ke atas bahan api.

Pelepasan karbon China jatuh mendadak pada awal 2020 akibat kuarantin yang dihasratkan untuk mengekang koronavirus, kemudian melantun semula ke tahap tinggi daripada paras bulanan 2019 ketika bandar-bandar dan kilang dibuka semula.

Namun suku ketiga tahun ini, negara itu mencatatkan 0.5 peratus tahun ke tahun penurunan dalam pelepasan daripada bahan api dan simen – kejatuhan suku pertama sejak sekatan pergerakan dikenakan semula, menurut dapatan penganalisis CREA, Lauri Myllyvirta.

Penurunan itu disebabkan oleh kemerosotan pembinaan selepas Beijing bertindak keras ke atas spekulasi dan hutan dalam sektor hartanah, serta harga arang tinggi yang mengakibatkan pencatuan tenaga di seluruh negara, kata Myllyvirta.

“Penurunan dalam pelepasan karbon itu boleh menandakan titik peralihan dan kemuncak awal dalam jumlah pelepasan China, beberapa tahun menjelang sasarannya untuk mencapai puncaknya sebelum 2030,” kata Myllyvirta dalam laporan tersebut. – AFP