Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    I.Coast rugi AS$500 juta dalam eksport kapas, gajus

    ABIDJAN, 4 MEI – Industri kapas dan gajus Ivory Coast akan kerugian jualan eksport bernilai hampir setengah bilion dolar tahun ini akibat pandemik koronavirus, kata persatuan mereka hari ini.

    Ketua Majlis Kapas-Jagus (CCA), Adama Coulibaly memberitahu AFP bahawa harga Asia bagi gajus telah meningkat dari AS$1,400 kepada AS$900 satu tan, menunjukkan kemerosotan keseluruhan dalam pendapatan eksport kira-kira lebih AS$300 juta.

    Harga-harga Asia bagi kapas Ivory telah jatuh dari 1,007 CFA francs (AS$1.66) sekilogram kepada 600 CFA francs, rugi sekitar AS$172 juta.

    “Koronavirus dari segi kewangan telah menjejaskan aktiviti kami di Asia, cawangan utama kami,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda