Coca-Cola, Mengniu penaja Sukan Olimpik

LAUSANNE, 24 JUN – Coca-Cola dan firma tenusu China Mengniu telah menandatangani satu perjanjian untuk menjadi penaja bersama Sukan Olimpik dari 2021 hingga 2032, umum ketua IOC Thomas Bach hari ini.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan kedua-dua syarikat yang terbabit belum mendedahkan saiz perjanjian tetapi perjanjian adalah perkongsian bersama pertama di bawah program TOP Olimpik, tahap tajaan Olimpik tertinggi, tambah Bach.

“Mempunyai rakan lama kami, Coca-Cola, jenama ikonik Amerika, bersama dengan syarikat China, Mengniu, bergabung di bawah naungan program TOP Dunia adalah satu contoh hebat penyatuan kuasa semangat Olimpik,” kata Bach.

“Perkongsian ini akan memberikan satu lagi dimensi kepada promosi nilai-nilai Olimpik di seluruh dunia.”

Perjanjian diumumkan di Lausanne sebelum pembukaan sesi IOC pada lewat hari ini di mana IOC akan memilih bandar tuan rumah untuk Olimpik Musim Sejuk 2026, dengan dua calon bertanding, Milan/Cortina diari Itali dan Stockholm/Are dari Sweden. – AFP

Presiden IOC Thomas Bach (tengah) bergambar dengan Presiden dan CEO Coca-Cola James Quincey (kiri) dan CEO dan Pengarah Eksekutif Mengniu Dairy China Jeffrey (kanan), ketika persidangan akhbar Sesi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa ke-134 di Pusat Konvensyen SwissTech di Lausanne, Switzerland kelmarin. – AP