Saturday, March 15, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cocina de Lola sambut Hari Raya bersama SMARTER

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Jun – Bagi memeriahkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam kalangan warga SMARTER, Restoran Cocina de Lola telah mengadakan Sambutan Rumah Terbuka Cocina de Lola 2017 bersama SMARTER, di restoran berkenaan yang terletak di Times Square, di sini.

    Hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SMARTER, Malai Haji Abdullah bin Haji Malai Othman.

    Majlis berkenaan dihadiri oleh warga SMARTER serta pihak pengurusan Restoran Cocina de Lola.

    Cocina de Lola mengalu-alukan kedatangan warga SMARTER dan berterima kasih atas kehadiran mereka bagi sama-sama menyambut Hari Raya di restoran berkenaan.

    Malai Haji Abdullah, di majlis berkenaan, juga telah menyampaikan kata-kata inspirasi dan mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan atas kebolehan dan semangat mereka dalam membuatkan Sambutan Rumah Terbuka Cocina de Lola 2017 bersama SMARTER berjaya dilaksanakan.

    Sesi bergambar ramai warga SMARTER bersama pihak pengurusan Restoran Cocina de Lola.
    Sesi bergambar ramai warga SMARTER bersama pihak pengurusan Restoran Cocina de Lola.

    Majlis telah dimeriahkan dengan pelbagai permainan bagi hiburan warga SMARTER di samping menikmati pelbagai jenis juadah, malah kanak-kanak SMARTER juga menerima cenderahati dan barangan lain.

    Acara berkenaan sememangnya merupakan peluang terbaik untuk Cocina de Lola berkongsi dan mempromosikan pelbagai masakan mereka dan pada masa yang sama, ia juga merupakan cara berkongsi dalam sambutan Hari Raya dengan warga SMARTER.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda