Saturday, July 6, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Cogne terjejas teruk akibat banjir dan gelongsoran lumpur

    ROM, 1 JULAI – Cuaca ekstrem termasuk hujan lebat, banjir dan gelongsoran lumpur melanda Cogne hari ini yang menyebabkan bandar di utara Itali itu terputus hubungan dan tanpa bekalan air.

    Pemindahan pelancong dari Cogne diteruskan hari ini selepas kira-kira 500 orang dibawa keluar melalui helikopter kelmarin, dengan lebuh raya wilayah itu ke bandar Lembah Aosta di lereng gunung Gran Paradiso terhalang di tiga lokasi akibat tanah runtuh.

    Pegawai berkata ia mungkin mengambil masa berminggu-minggu untuk membersihkan jalan manakala kerja-kerja pembaikan juga diperlukan untuk membaiki saluran air yang membekalkan air ke bandar itu.

    Kerosakan harta benda di bandar itu akibat cuaca ekstrem adalah sangat besar.

    Gelombang cuaca ekstrem, yang telah meragut nyawa di Switzerland dan Perancis, turut melanda Piedmont dan kawasan lain di Lembah Aosta.

    Ini termasuk resort ski Cervinia, yang mana Timbalan Datuk Bandar Massimo Chatrian berkata kerosakan itu membabitkan kos ‘berjuta-juta’. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...