Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Coklat dicemari salmonella tular di 11 negara

    GENEVA, 28 APRIL – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin, memaklumkan terdapat lebih 151 kes disyaki bakteria salmonellosis dikaitkan dengan produk coklat ‘Kinder’ keluaran Belgium.

    Menurut WHO dalam satu kenyataan, kes berkaitan bakteria Salmonella Typhimurium disyaki akibat penggunaan produk coklat dan telah dilaporkan di 11 negara setakat Isnin, termasuk Belgium, Perancis, Jerman, Ireland, Luxembourg, Belanda, Norway, Sepanyol, Sweden, United Kingdom  dan Amerika Syarikat, lapor Xinhua.

    Kanak-kanak di bawah umur 10 tahun turut terjejas dan golongan wanita mewakili 66 peratus daripada kes dilaporkan. Sebanyak 21 kes bergejala dilaporkan, iaitu 12 kes cirit-birit berdarah dan sembilan telah dimasukkan ke hospital. 

    Tiada kematian akibat wabak itu telah dilaporkan setakat Isnin.

    Penjujukan genetik bakteria salmonella dalam makanan mencetuskan kegusaran bahawa patogen berasal dari tangki susu mentega di sebuah kilang yang dikendalikan pembuat coklat Ferrero, di bandar Arlon, Belgium. 

    Menurut WHO, strain wabak salmonella mempunyai daya tahan terhadap enam jenis antibiotik. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda