KUALA LUMPUR – Pengunjung yang kali pertama melangkah ke kafe SINCE 18’S di Taman Desa di sini, pasti terpegun melihat beberapa alat seperti perengkuh (spanner), penukul dan skru disusun kemas di dalam peti sejuk pencuci mulut. Namun, siapa sangka semua perkakasan itu sebenarnya adalah kepingan coklat yang merupakan snek istimewa dan menjadi identiti kafe tersebut

