Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Colbrelli rebah di Catalunya

    PARIS, 22 MAC – Juara kejohanan Paris-Roubaix 2021, Sonny Colbrelli (gambar) dilaporkan ‘masih sedar’ selepas mengalami jantung terhenti setelah menamatkan peringkat pertama Jelajah Catalunya di Sepanyol, kata pasukannya hari ini.

    Colbrelli, yang juga pelumba Bahrain Victorious menamatkan perlumbaan di tempat kedua di belakang wakil Australia, Michael Matthews selepas mengharungi pecutan di pendakian terakhir.

    Menurut kenyataan rasmi Jelajah Catalunya yang disiarkan pada petang semalam, Colbrelli mengalami ‘episod kehilangan kesedaran dan jantung terhenti.’

    Kakitangan pertolongan cemas, yang memulihkan pelumba di garisan penamat di bandar tepi pantai Sant Feliu de Guixols, menjalankan bantuan kecemasan dan menggunakan defibrillator, tambah kenyataan.

    Juara bertahan lumba basikal Eropah itu dibawa ke hospital di bandar berhampiran Girona dan pasukannya mengeluarkan berita terkini hari ini.

    “Selepas dimasukkan ke Hospital Universitari de Girona Doctor Josep Trueta, Sonny Colbrelli masih sedar dan berasa sihat,” menurut kenyataan di laman web pasukan.

    “Dia akan menjalani ujian lanjut untuk menentukan punca insiden semalam. Semua ujian jantung yang dijalankan pada malam kelmarin tidak menunjukkan tanda-tanda membimbangkan.”

    Pelumba berusia 31 tahun itu mencatat kepulangan selepas menarik diri daripada perlumbaan peringkat Tirreno-Adriatico dua minggu lalu berikutan masalah paru-paru.

    Colbrelli memenangi perlumbaan Paris-Roubaix tahun lalu beberapa minggu selepas memenangi kejuaraan Eropah dan dia mempunyai 34 kemenangan perlumbaan sepanjang kariernya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...