Isnin, 24 November 2025
Klik Lagi

    Colombia catat penurunan 33% penebangan hutan

    BOGOTA, 6 JUN – Colombia mencatatkan penurunan sebanyak 33 peratus dalam penebangan hutan pada suku pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu, menurut kenyataan Kementerian Alam Sekitar kelmarin, yang menyebut kerjasama komuniti yang lebih kukuh dan tindakan tegas terhadap jenayah alam sekitar sebagai faktor utama.

    Bercakap pada sidang media, Menteri Alam Sekitar, Lena Estrada Anokazi berkata penebangan hutan menurun daripada 40,219 hektar pada awal 2024 kepada 27,000 hektar tahun ini.

    Kerajaan mengenal pasti 18 lokasi panas penebangan aktif, termasuk 13 di kawasan Amazon dan selebihnya di wilayah seperti Catatumbo, Arauca dan utara Pasifik.

    “Di taman negara Amazon, penebangan hutan menurun sebanyak 54 peratus … ini adalah pencapaian yang sangat baik,” kata Estrada, sambil menekankan kemajuan di taman Amazon Tinigua, Chiribiquete dan La Macarena.

    Amazon kekal sebagai kawasan paling terjejas di Colombia, menyumbang 69 peratus daripada jumlah penebangan hutan negara itu. Jabatan Meta, Caqueta dan Guaviare menunjukkan penurunan terbesar, manakala Putumayo mencatat sedikit peningkatan.

    Estrada menyifatkan penurunan tersebut hasil daripada pelan bersepadu kerajaan untuk membendung penebangan hutan, yang merangkumi perjanjian dengan komuniti, pengukuhan institusi, serta operasi bersama dengan Kementerian Pertahanan dan Pejabat Peguam Negara. – AP

    Penebangan hutan akibat perlombongan haram kelihatan jelas mengelilingi Sungai Quito, berhampiran Paimado, Colombia, 23 September 2024. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Edry Abdul Halim pitam usai konsert

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    Berita Berkaitan

    Edry Abdul Halim pitam usai konsert

    Penyanyi Edry Abdul Halim berkongsi keadaan terkini selepas dilaporkan...

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Eksport rumpai laut kering Korea Selatan melebihi AS$1 bilion

    SEOUL, 23 NOV - Eksport rumpai laut kering Korea...

    Majlis undi calon ketua kampung

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Terkini

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Kamera milik mendiang Paus Francis dijual AS$7.5 juta

    VIENNA, 23 NOV - Sebuah kamera milik mendiang Paus...