Saturday, July 6, 2024
27.5 C
Brunei

    -

    Colombia ikat Brazil

    AMERIKA SYARIKAT, 3 JULAI – Colombia bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat keputusan 1-1 dengan Brazil kelmarin, dengan memastikan mereka layak ke suku akhir Copa America sebagai juara kumpulan.

    Gol penyamaan daripada Daniel Munoz pada masa kecederaan separuh masa pertama sudah memadai untuk Colombia berkongsi mata selepas Raphinha meletakkan Brazil di hadapan melalui sepakan percuma pada minit ke-12 di Stadium Levi’s di Santa Clara, California.

    Keputusan itu bermakna Colombia mara ke pusingan kalah mati sebagai pemenang Kumpulan D, di mana mereka akan menentang naib juara Kumpulan C, Panama, di Glendale, Arizona, Sabtu ini.

    Keputusan seri kelmarin bermakna Brazil akan berdepan pertemuan hebat di Las Vegas iaitu menentang musuh ketat Uruguay, pemenang Kumpulan D.

    Penjaring gol Brazil, Raphinha, menegaskan juara dunia lima kali itu tidak akan terpengaruh dengan prospek menentang Uruguay.

    “Pasukan kami berkembang dalam setiap perlawanan termasuk sesi latihan dan kami fikir kami berada di landasan yang betul,” kata Raphinha.

    “Malangnya ia bukan keputusan dan kedudukan yang kami mahukan untuk layak ke suku akhir.

    “Tetapi sesiapa yang mahu menjadi juara tidak perlu bimbang tentang pasukan yang akan mereka lawan pada pusingan seterusnya, kami perlu bersedia untuk sesiapa sahaja.

    “Jika kami mahu memenangi pertandingan ini kami perlu bersedia untuk bermain dengan baik,” jelasnya lagi. – AFP

    Pemain Colombia, Sanchez (kanan), berebut bola dengan Joao Gomes semasa separuh masa kedua perlawanan bola sepak di Santa Clara, California. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...