Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Colombia menang kali pertama menentang Jerman

    JERMAN, 21 JUN – Juan Cuadrado menjaringkan satu gol dan menyediakan satu lagi gol untuk Colombia menewaskan Jerman 2-0 dalam perlawanan persahabatan semalam dan memperdalam perasaan krisis di sekeliling pasukan Jerman setahun sebelum negara itu menjadi tuan rumah Euro 2024.

    Kemenangan Colombia adalah yang pertama ke atas Jerman, juara dunia empat kali yang nampaknya terlupa cara memenangi perlawanan.

    Penyokong Jerman menyiul pasukan mereka selepas kekecewaan terbaru, yang ketiga dalam seminggu selepas tewas 1-0 kepada Poland dan seri 3-3 dengan Ukraine. – AP

    Pasukan Jerman keluar dari padang dengan kehampaan setelah ditewaskan oleh Colombia 2-0 dalam perlawanan persahabatan, semalam. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda