Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Colombia minta bantuan padam kebakaran hutan

    BOGOTA, 26 JAN – Colombia kelmarin merayu untuk mendapatkan bantuan antarabangsa ketika negara itu berusaha memadam berpuluh-puluh kebakaran hutan yang membakar kawasan yang luas dan menghampiri rumah-rumah kediaman di ibu negara.

    Selama empat hari berturut-turut, beratus-ratus anggota bomba dan sukarelawan telah berusaha memadam kebakaran yang melanda kawasan hutan pergunungan di Bogota, dengan sesetengah daripada mereka hanya dilengkapi dengan botol air dan pelitup muka.

    Kebakaran tersebut telah menyelubungi ibu negara dengan asap, memaksa kelas fizikal dibatalkan di kawasan yang paling teruk terjejas dan kelewatan atau pembatalan berpuluh-puluh penerbangan dari lapangan terbang antarabangsa El Dorado disebabkan oleh jarak penglihatan yang terhad. Beratus-ratus kebakaran telah pun dipadamkan di seluruh negara dalam beberapa minggu kebelakangan ini di tengah-tengah suhu rekod dan keadaan kering yang dikaitkan dengan fenomena cuaca El Nino. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda