Monday, March 17, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Colombia tanpa Falcao, Rodriguez

    BOGOTA, 28 OGOS – Colombia beraksi tanpa pemain bintangnya, James Rodriguez dan Radamel Falcao pada perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Brazil dan Venezuela bulan depan, umum jurulatih Carlos Queiroz pagi tadi.

    Falcao, penjaring gol terbanyak negaranya, mengalami kecederaan buku lali manakala Rodriguez, yang berada di tangga kedua senarai penjaring sepanjang zaman, cedera ketika Real Madrid seri 1-1 dengan Real Valladolid hujung minggu lalu.

    Rodriguez, 28, dikeluarkan pada minit ke-58 di Bernabeu dengan kecederaan otot di betis kanan,” menurut Real.

    “Kami akan berdepan juara Copa America, pasukan nombor dua dalam ranking FIFA dan ia satu peluang fantastik untuk melihat tahap kami,” kata Queiroz, bekas jurulatih Real Madrid dan pembantu Alex Ferguson di Manchester United. – AFP

    Falcao akan terlepas aksi persahabatan antarabangsa menentang Brazil dan Venezuela bulan depan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda