Sunday, May 11, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Columbia tundukkan Jepun

    OSAKA, 28 MAC – Rafael Borre menjaringkan gol kemenangan yang menakjubkan ketika Colombia bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Jepun 2-1 dalam perlawanan persahabatan di Osaka, hari ini.

    Pemain sayap Brighton, Kaoru Mitoma meletakkan Jepun dihadapan pada minit ketiga melalui tandukan. Namun Colombia menyamakan kedudukan kemudian pada separuh masa pertama menerusi pemain remaja Aston Villa, Jhon Duran.

    Penyerang Eintracht Frankfurt, Borre menjaringkan gol kemenangan dengan rembatan akrobatik selepas sejam perlawanan, melompat dan memanfaatkan rembatan kaki kanannya melepasi penjaga gol Jepun, Daniel Schmidt.

    Dalam perlawanan sebelum ini, Colombia mencatat keputusan seri 2-2 bertemu Korea Selatan di Seoul minggu lalu, manakala Jepun seri 1-1 dengan Uruguay di Tokyo.

    Mitoma berada dalam prestasi cemerlang sejak menyertai Brighton pada musim panas lalu dan dia memberikan Jepun permulaan yang sempurna apabila dia bangkit untuk merembat hantaran lintang Hidemasa Morita melepasi penjaga gol Colombia, Camilo Vargas.

    Aksi Rafael Santos Borre semasa perlawanan bola sepak persahabatan di Osaka, Jepun. – AP

    Colombia tidak banyak menguasai bola pada separuh masa pertama tetapi mereka menyamakan kedudukan pada minit ke-33 apabila Deiver Machado meluru ke bahagian kiri sebelum menghantar bola kepada Duran dan disudahi dengan jaringan cantik.

    Takuma Nishimura dari Jepun, yang menjaringkan gol ketika menentang Uruguay pada Jumaat, membuat rembatan namun tersasar ketika pasukan tuan rumah cuba menyerang balik sebelum separuh masa.

    Colombia lebih banyak mengasak selepas rehat dan Jorge Carrascal hampir menjaringkan gol dengan rembatan melencong ke atas dan melepasi palang.

    Selang beberapa minit kemudian Borre berjaya menyumbat gol, dan Colombia mengekalkan kedudukan mereka di hadapan apabila Vargas menghalang tandukan penyerang Jepun, Ayase Ueda dari jarak dekat. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda