Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Comel Pipi Merah berjaya tarik perhatian

    TIDAK sampai 24 jam dimuat naik, video muzik Comel Pipi Merah menerima hampir 200,000 tontonan pelayar di laman sosial YouTube.

    Malah, lagu nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza ini turut trending dan menerima lebih 182,000 like (tanda suka).

    Video muzik rasmi itu memaparkan momen-momen manis sepanjang tempoh kehamilan dan kelahiran anak perempuannya yang diberi nama, Siti Aafiyah.

    Malah, hasil tinjauan mendapati, rata-rata peminat turut melahirkan rasa sebak dan terharu.

    Single terbaharu itu sememangnya dirakamkan khas oleh isteri Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini sempena kelahiran Siti Aafiyah.

    Lagu Comel Pipi Merah adalah dedikasi Datuk Seri Siti Nurhaliza kepada anaknya, Siti Aafiyah.

    Bersyukur di atas sambutan positif, Siti Nurhaliza mengakui terhibur dengan setiap komen yang diterima daripada peminat.

    “Saya tak sangka lagu ini boleh jadi siulan mereka.

    “Selain menghiburkan, lagu ini juga turut mengandungi lirik dan doa yang baik,” katanya.

    Terdahulu, muzik video Comel Pipi Merah dalam bentuk lirik masih kekal trending di tangga kelima dengan lebih dua juta tontonan di YouTube sejak dimuat naik pada 14 Mac lalu.

    Siti Nurhaliza selamat melahirkan anak perempuannya secara pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta dengan berat 3.55 kilogram, kira-kira jam 8:17 pagi, pada 19 Mac lalu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda