Community Shield 29 Ogos di Wembley

LONDON, 29 JULAI – Persatuan Bola Sepak (FA) mengumumkan semalam bahawa perlawanan Community Shield, kejohanan pembuka tirai tradisi untuk musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL), akan berlangsung di Wembley pada 29 Ogos.

Perlawanan antara juara baharu EPL Liverpool dan pemenang final Piala FA pada Sabtu depan antara Arsenal dan Chelsea akan dimainkan dua minggu sebelum bermulanya musim EPL 2020/21.

Pertandingan itu dikatakan dapat berfungsi sebagai acara ujian untuk menyambut sejumlah peminat di Wembley sebagai sebahagian daripada rancangan untuk para penyokong kembali menonton ke acara sukan dari 1 Oktober.

Perlawanan akan diikuti dengan perlawanan persahabatan antarabangsa dari 2 hingga 10 September. EPL minggu lalu mengatakan bahawa musim 2020/21 akan bermula pada 12 September dan berlangsung hingga 23 Mei 2022. – AFP