Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JUN – Comquest Sdn Bhd, sebuah syarikat transformasi digital unggul di Negara Brunei Darussalam, amat teruja mengumumkan kolaborasi dengan Amazon Web Services (AWS) untuk menawarkan perkhidmatan AWS Outposts di Brunei pada Oktober nanti.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Comquest Sdn Bhd, di sini, menyatakan kolaborasi itu membina atas kejayaan Future Ready Cloud Day pada Oktober 2024, diikuti dengan Comquest mencapai status, AWS Advanced Tier Partner, mengukuhkan lagi komitmen Comquest kepada memajukan ekosistem digital Brunei dalam penyelarasan dengan Wawasan Brunei 2035.
Pengurus Besar AWS Partner Comquest, Gaurav Shrotriya menerangkan bahawa Comquest berhasrat untuk menyediakan Satellite Residency untuk AWS Outpost untuk menyampaikan residence tempatan yang dipertingkatkan bagi agensi-agensi kerajaan dan industri berkawalseliaan tinggi, membolehkan operasi berterusan walaupun semasa kesalinghubungan serantau terhad.
Teknologi itu, tambahnya, membolehkan organisasi mengekalkan perkhidmatan kritikal dalam persekitaran mencabar daripasa kawasan bergunung kepada pulau terpencil, lautan terbuka dan kawasan dilanda bencana.
Dengan menggabungkan AWS Outposts bersama kesalinghubungan satelit, perniagaan boleh memastikan kelangsungan operasinya sambil mengembangkan lagi infrastruktur cloud ke lokasi yang tidak dapat diakses sebelumnya.
AWS Outposts merupakan perkhidmatan terurus sepenuhnya yang memanjangkan infrastruktur, perkhidmatan, API dan alatan AWS ke lokasi di premis, membolehkan organisasi menjalankan kependaman rendah, bebanan kerja intensif data setempat sambil mengekalkan penyepaduan yang lancar dengan AWS cloud.
Kerjasama itu akan memperkasakan perniagaan, agensi kerajaan dan organisasi di Brunei untuk memanfaatkan teknologi cloud dan AI termaju, memacu inovasi, kecekapan operasi dan daya saing ekonomi.
Penyelesaian berkenaan memberi manfaat terutamanya kepada organisasi yang memerlukan iaitu sistem ketersediaan tinggi, keupayaan pemulihan bencana, penempatan lokasi jauh, pematuhan kawal selia serta jaminan kesinambungan perniagaan.
