BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Comquest Sdn Bhd, sebuah syarikat transformasi digital terkemuka yang merupakan usaha sama antara Telekom Brunei Berhad (TelBru) dan Bahwan CyberTek dari Kesultanan Oman di Negara Brunei Darussalam telah berjaya melengkapi pensijilan ISO bagi dua industri dalam tempoh rekod enam bulan.
Dengan pensijilan ini, Comquest menjadi salah sebuah daripada beberapa syarikat di Asia Tenggara yang telah berjaya mendapatkan pensijilan ini.
Majlis penyerahan pensijilan berkenaan telah diadakan di ibu negara baru-baru ini dengan dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif DARe, Javed Ahmad, Pengurus Persijilan Biro Veritas, Ram Desai dan Lembaga dan Pengurusan Comquest serta beberapa wakil pelanggan lainnya.
Comquest telah menyasarkan pensijilan untuk standard 2 ISO- ISO 9001: 2015 dan ISO 18295-1 dan telah berjaya melengkapkan kedua-duanya dalam tempoh masa yang ditetapkan.
ISO 9001: 2015 menumpukan kepada kualiti penubuhan sistem pengurusan kualiti di dalam syarikat untuk memastikan semua proses dalaman dan luaran sebagai tanda aras dan dilaksanakan mengikut piawaian ISO yang ditakrifkan di bawah garis panduan ini.
ISO 18295-1 pula merupakan garis panduan khusus industri dari ISO yang mentakrifkan keperluan perkhidmatan untuk Pusat Hubungan Pelanggan (CCC) dan menentukan rangka kerja bagi mana-mana CCC yang bertujuan untuk membantu menyediakan pelanggan dengan perkhidmatan yang secara berterusan dan proaktif bagi memenuhi keperluan mereka.
