Saturday, April 19, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Con Mum’ tidak diwakili peguam atas dakwaan penipuan

    SINGAPURA, 17 APRIL – Seorang wanita Britain yang muncul dalam dokumentari Netflix bertajuk Con Mum, yang mengisahkan dakwaan penipuannya terhadap anaknya – seorang cef pastri terkenal – memberitahu mahkamah Singapura hari ini, bahawa beliau tiada sesiapa untuk membantunya menyediakan wang jaminan.

    Dionne Marie Hanna, 84, telah didakwa awal bulan ini dengan lima pertuduhan penipuan melibatkan tiga individu, menurut dokumen yang difailkan di mahkamah daerah di republik itu. Pihak pendakwaan memaklumkan dalam prosiding hari ini bahawa semua pertuduhan tersebut melibatkan kerugian sekitar SG$500,000 (AS$381,000).

    Mahkamah menetapkan jumlah jaminan sebanyak SG$50,000 (AS$38,100). “Saya tiada sesiapa untuk menjamin saya,” kata Hanna dengan suara lemah menerusi pautan video dari balai polis.

    Hanna, yang kelihatan berada di atas kerusi roda, tidak diwakili peguam dan kelihatan sukar mendengar arahan hakim semasa prosiding berlangsung. Dalam dokumentari yang disiarkan pada 25 Mac lalu, Hanna menggoncang hidup cef pastri, Graham Hornigold, apabila dia menghubunginya melalui e-mel dan mendakwa sebagai ibu kandungnya. – AFP

    Dionne Marie Hanna, 84, telah didakwa awal bulan ini dengan lima pertuduhan penipuan. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda