Komputer menjadi perlahan, melambatkan tugasan sintesis atau kes paling teruk apabila set komputer tiba-tiba menunjukkan laporan kritikal dan tidak boleh meneruskan tugasan sintesis.
Itu mungkin satu situasi biasa jika anda seorang produser, video editor atau penyedia kandungan apabila memiliki set desktop yang mempunyai spesifikasi yang tidak bersesuaian dengan tugasan harian.
Akibatnya, anda akan menghabiskan masa dengan menunggu proses sintesis video selama berjam-jam atau ada yang mencapai 13 jam untuk menyiapkan hanya satu video saja dan ia menjejaskan jadual tugasan harian.
Itu antara masalah ‘biasa’ yang sering dihadapi oleh penyedia kandungan sehingga mengganggu produktiviti harian serta melambatkan tugasan yang sudah berjadual.
Bagaimana pula jika pengguna menggunakan set komputer keluaran Acer daripada barisan produk ConceptD dan pastinya pengalaman itu akan jauh berbeza serta pengguna tidak lagi berdepan dengan mimpi ngeri seperti menerima mesej kritikal daripada sistem desktop.
Menerusi desktop ConceptD 500, pengguna akan dapat menjimatkan masa proses sintesis video atau animasi yang menggunakan keupayaan Kecerdasan Buatan (AI) yang pastinya memakan masa lama untuk komputer biasa.
Spesifikasi komputer berkenaan, ConceptD 500 dikuasakan dengan pemproses Intel Core i7-9700K yang dipadankan bersama memori (RAM) 16GB DDR4.
Sistem storan menggunakan dua jenis iaitu 256GB SSD M.2 PCIe serta 1TB 7.2Krmp bersama Unit Pemproses Grafik (GPU) keluaran NVIDIA iaitu Quadro P2000 dengan kapasiti memori video (VRAM) 5GB. – Agensi
