Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Concepts beri tawaran istimewa semasa BMS 2025

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MAC – Sebagai usaha untuk memberi peluang kepada pelanggan mendapatkan tawaran istimewa pada bulan Ramadan dan musim perayaan sambutan Hari Raya Aidilfitri, Concepts Computer tidak ketinggalan untuk menyertai Jualan Mega Brunei (BMS) 2025.

    Menerusi penyertaannya dalam acara jualan berkenaan, Concepts Computer akan memberikan tawaran istimewa bagi pelbagai peralatan IT termasuk peralatan permainan komputer serta barangan pejabat harian.

    Pengurus Besar Concepts Computer, Vincent Pao berkata dalam menyokong inisiatif pihak kerajaan mengadakan acara jualan berkenaan, Concepts Computer akan menawarkan pelbagai produk IT kepada pengguna Brunei bagi memenuhi keperluan pasaran pada harga yang mampu untuk dimiliki serta sokongan jaminan yang boleh dipercayai.

    Semasa BMS 2025, kesemua produk permainan komputer, XTRIKE ME akan memberikan diskaun kepada ahli yang berdaftar dengan kadar potongan 50 peratus di mana ia akan menjadikan produk-produk permainan komputer lebih mampu untuk dimiliki daripada sebelumnya.

    Concept Computer turut menawar produk GBC, terutama sekali mesin GBC Inspire Plus A4 Laminator dan banyak lagi

    Turut ditawarkan pada BMS 2025 adalah setiap pelanggan yang membuat pembelian $100 ke atas di Concepts Computer akan berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan hadiah menarik dan pelanggan juga akan diberikan baucar minuman untuk satu karton.

    Vincent Pao bergambar ramai semasa BMS 2025. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda