Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JUN – Concepts Computer kembali memeriahkan Pesta Pengguna dan Ekspo Perdagangan (CFTE31) ke-31 yang berlangsung hari ini hingga 29 Jun di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, dari jam 10 pagi hingga 10 malam, dengan mengetengahkan pelbagai aksesori permainan dan komputer permainan yang menarik.
Antara produk utama yang dipamerkan termasuk tetikus dan papan kekunci permainan daripada jenama Xtrike Me, serta komputer permainan berkuasa tinggi seperti Acer Nitro dan Acer Predator.
Sebagai penghargaan kepada pelanggan setia, Concepts Computer menawarkan pelbagai promosi istimewa Purchase With Purchase, termasuk pembelian Acer Predator Helios Neo 16S AI Gaming Laptop di mana pembeli boleh memilih untuk menerima sebuah komputer riba percuma atau membeli monitor permainan 24” Acer Nitro KG251QP.
Pengurus Besar Concepts Computer, Vincent Pao berkata, “Ini adalah kali ke-31 Concepts Computer menyertai Pesta Pengguna dan sempena pencapaian ini, kami tampil dengan pelbagai promosi hebat sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan kami.” Beliau menambah, “Concepts juga menawarkan harga istimewa bagi pelbagai jenama seperti Xtrike Me, Logitech, Acer, Acerpure dan banyak lagi, dengan potongan harga sehingga 70 peratus.”
Sementara itu, Eksekutif Pemasaran Concepts Computer, Awang Zul Abdul Rahman berkata, “Concepts Computer sentiasa menyokong Pesta Pengguna, dan penyertaan kami yang konsisten sepanjang 31 edisi ini membuahkan hasil yang sangat menggalakkan.”