Wednesday, October 9, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    Concepts Computer lancar produk baharu

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OKT – Acer Concept Store (Concepts Computer) hari ini memperkenalkan produk elektronik rumah premium iaitu pengering rambut Acerpure Beauty HD1 dan Acerpure Beauty HD2 di kedai berkenaan di Kiulap.

    Pengering rambut Acerpure Beauty HD1 dilengkapi dengan jaminan selama 1 tahun dari Acerpure dengan fungsi pengeringan ultra cepat selama lima minit dan penutupan termal automatik untuk mengelakkan kerosakan.

    Sementara itu, Acerpure Beauty HD2 dengan teknologi lebih tinggi berfungsi sebagai pengering rambut dan alat gaya rambut, dilengkapi dengan tujuh aksesori penggayaan rambut yang berbeza untuk pelbagai pilihan gaya, fungsi pembersihan pintar, mod penjagaan rambut pintar. Dengan berat hanya 400 gram, penggayaan menjadi lebih mudah dan tanpa usaha.

    Pengurus Besar Concepts Computer, Vincent Pao, berkata, “Acer telah memperluas jangkauannya ke sektor gaya hidup dan elektronik rumah dengan menambah produk penjagaan diri yang berpatutan dan premium seperti pengering rambut dan alat gaya rambut dan berusaha membawa produk tersebut ke pasaran Brunei.”

    Semasa majlis pelancaran, produk lain yang diperkenalkan termasuk kipas DC Acerpure Cozy SF1 dan penapis udara 3-dalam-1 Acerpure Cool C3.

    Kakitangan Concepts Computer bergambar dengan produk elektronik rumah premium yang diperkenalkan kelmarin. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    Kipas Acerpure Cozy SF1 beroperasi dengan motor DC yang jimat tenaga, dilengkapi dengan paparan LED dan kawalan jauh untuk pengawalan yang lebih baik, serta sembilan pilihan kelajuan untuk memenuhi keperluan pengguna.

    Penapis udara Acerpure Cool C3 pula dilengkapi dengan penapis HEPA kelas perubatan 3-dalam-1, jarak aliran udara yang kuat sejauh 25 meter, sensor udara dan gas pintar, serta mod lampu malam yang unik.

    Eksekutif Pemasaran Produk Concepts Computer, Awang Zul bin Abdul Rahman, menyatakan, “Concepts juga akan menyediakan peluang Beli dan Cabutan Bertuah bagi semua pembelian produk Acer termasuk produk Acerpure yang tersedia untuk semua pelanggan.”

    Bagi meraikan pelancaran produk Acerpure ini, 10 pelanggan pertama untuk setiap produk layak mendapat pelbagai hadiah percuma. Bagi Acerpure Beauty HD1 dan Acerpure Cozy SF1, setiap pembelian akan disertakan dengan set alat makan Acerpure Stainless Steel Rose Gold percuma dan bagi Acerpure Beauty HD2 dan Acerpure Cool C3, setiap pembelian akan mendapat penyedut debu Acerpure Clean V1 Lite percuma.

    Selain itu, setiap pembelian penapis air hidrogen Acerpure juga akan menerima beg galas Acerpure dan botol air Acer secara percuma.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda