Sunday, June 30, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Concepts Computer tawar harga istimewa

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JUN – Concepts Computer Sdn Bhd menyertai Pesta Pengguna ke-29 (CF29) dengan menawarkan harga istimewa bagi produk pengkomputeran dan aksesorinya.

    Antara produk yang ditawarkan termasuklah produk Acerpure, perkakasan elektronik rumah, komputer Acer, pencetak Epson, Logitech, Western Digital External Hardisk dan banyak lagi.

    Produk daripada Bilster dan Epson juga turut dipamerkan. Selain itu, pelanggan yang hadir juga berpeluang menikmati harga Happy Hour untuk semua produk termasuk harga terendah dan harga runtuh Rush Hour untuk produk-produk tertentu.

    Pengarah Urusan Concepts Computer, Vincent Pao berkata, Concepts Computer sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada orang ramai dan pelanggan tetap yang telah memberikan sokongan padu selama ini.

    Kakitangan Concepts Computer bergambar ramai di hadapan petak mereka. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China pecat bekas menteri pertahanan

    BEIJING, 28 JUN - Bekas menteri pertahanan China, Li Shangfu telah dipecat daripada Parti Komunis yang memerintah kerana menyebabkan ‘kerosakan besar kepada puncanya’ melalui...