Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Concepts Computer tawar pelbagai promosi menarik sempena CF28

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JAN – Concepts Computer Sdn Bhd turut menyertai Pesta Pengguna ke-28 (CF28) dengan menawarkan harga istimewa bagi produk pengkomputeran dan aksesorinya.

    Antara produk yang ditawarkan termasuklah produk Acerpure, perkakasan elektronik rumah, komputer Acer, pencetak Epson, Logitech, Western Digital External Hardisk dan banyak lagi. Pelanggan yang hadir juga berpeluang menikmati harga Happy Hour untuk semua produk, yang termasuk harga terendah hanya sepanjang pesta berkenaan.

    Pengarah Urusan Concepts Computer, Vincent Pao berkata, Concepts Computer sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada orang ramai dan pelanggan tetap yang telah memberikan sokongan padu selama ini.

    Sempena CF28 berkenaan, Concepts Computer juga akan mengadakan Harga Runtuh Rush Hour untuk produk-produk tertentu.

    Orang ramai yang ingin mengetahui tawaran Concepts Computer Sdn Bhd dengan lebih lanjut bolehlah mengunjungi petak jualan mereka di pesta tersebut yang berlangsung selama lima hari di Dewan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

    Kakitangan Concepts Computer bergambar ramai di petak jualan syarikat. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda