Friday, February 7, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Concepts Computer terima dua anugerah

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 FEB – Concepts Computer, salah sebuah penjual IT tertua dan terbesar di Negara Brunei Darussalam meneruskan peningkatannya dalam industri ICT tempatan apabila menerima beberapa anugerah semasa Malam Gala ACER yang berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia, baru-baru ini.

    Dalam malam gala tahunan yang dihadiri oleh pihak pengurusan kanan ACER serta ketua dan wakil daripada pasaran serantau itu menyaksikan Concepts Computer menerima anugerah bagi Best Performing Business Partner 2023 dan Best Commercial Business Partner 2023.

    Pengurus Besar Concepts Computer, Vincent Pao yang hadir untuk menerima kedua-dua anugerah pada majlis itu, menyatakan bahawa kejayaan Concepts Computer dalam menerima anugerah itu secara berterusan dalam beberapa tahun kebelakangan ini adalah hasil daripada sokongan Acer dan usaha tanpa lelah pasukan Concepts Computer.

    Beliau menambah bahawa pencapaian itu juga merupakan hasil daripada sokongan tanpa henti pelanggan dan rakan-rakan kongsi perniagaan Concepts Computer.

    Vincent Pao juga mengongsi bahawa Concepts Computer akan meraikan ulang tahun ke-25 pada tahun ini dan akan menawarkan pelbagai tawaran menarik bagi para pelanggan.

    Di samping itu, dengan usaha berterusan kerajaan untuk mengukuhkan ekonomi tempatan, beliau mendedahkan bahawa Concepts Computer akan melabur lagi dalam perniagaannya pada 2024 di mana ia akan menjana lebih banyak peluang pekerjaan tempatan.

    Sementara itu, Eksekutif Pemasaran Concepts Computer, Zul Abdul Rahman menyatakan dalam persediaan untuk 25 tahun mendatang, Concepts Computer akan meneroka lebih banyak peluang dan kerjasama perniagaan IT di Negara Brunei Darussalam.

    Beliau juga mendedahkan bahawa mereka telah menambah barisan produk baharu bermula tahun ini dan menyatakan bahawa pelanggan-pelanggan setia mereka akan menyaksikan lebih banyak tawaran termasuk produk-produk gaya hidup dan kesihatan Acerpure.

    Vincent Pao bergambar bersama dua anugerah yang diterima semasa Malam Gala ACER yang berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia. – GAMBAR SERAHAN CONCEPTS COMPUTER
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda