Friday, March 28, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Concepts rai ulang tahun, perkenal produk baharu

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Concepts Computer hari ini meraikan ulang tahun ke-20 dan dalam masa yang sama, pengedar utama komputer jenama Acer di sini itu, turut memperkenalkan sembilan komputer Intel Processors generasi ke-10 di kedainya di Kiulap.

    Hadir meraikan ulang tahun dan memperkenalkan produk terbaharu Acer itu ialah wakil Pejabat Budaya dan Ekonomi Taipei, Andrew Lee dan Pengarah Urusan Concepts Computer, Vincent Pao.

    Menurut Vincent Pao, antara sembilan komputer baharu diperkenalkan, lima daripadanya merupakan komputer model Aspire baharu dan empat daripadanya model Swift baharu.

    Kesemua model berkenaan memiliki pemproses terkini yang diciptakan khusus untuk komputer riba yang sangat tipis. Bagi Acer Aspire baharu, ia memiliki prestasi lebih baik menerusi kad grafik NVIDIA® GeForce® MX250 bersama 4GB VRAM serta pemproses sehingga Intel® Core™ i7.

    Manakala Acer Swift pula dilengkapi dengan cip Intel Core i5 dan i7 generasi ke-10, memori 8GB RAM, dan ruangan storan sebesar 512GB SSD.

    Concepts Computer yang ditubuhkan 20 tahun lalu, sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada pelanggan di negara ini, kata Vincent Pao lagi.

    Sempena ulang tahun itu juga, Concepts Computer akan menawarkan beberapa promosi dan diskaun menarik yang bertepatan dengan SaleBration 2019 bagi model-model tertentu yang tertakluk kepada terma dan syarat.

    Andrew Lee dan Vincent Pao bersama kakitangan Concepts memperkenalkan model-model Acer pada majlis sambutan dan pengenalan model terbaharu di premisnya di Kiulap.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda