Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Concepts sertai Brunei Salebration

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Dengan bermulanya acara jualan hujung tahun, Brunei Salebration, seperti lazimnya, Concepts Computer, terus memberikan sokongan kepada inisiatif kerajaan, dengan menyajikan pelbagai tawaran menarik bagi produk-produk IT.

    Pengurus Besar Concepts Computer, Vincent Pao mengatakan, ini merupakan kali ke-8 Concepts Computer menyertai acara jualan hujung tahun berkenaan di mana pihaknya menawarkan pelbagai jenis produk IT bagi para pengguna IT tempatan.

    Beliau menjelaskan bahawa Concepts juga melaburkan sebilangan besar sumbernya dengan jenama peralatan permainan komputer, Xtrike Me yang diharap akan memenuhi keperluan pasaran Brunei bagi produk peralatan permainan video atau komputer pada harga yang mampu dimiliki dengan sokongan jaminan setahun.

    Bagi Brunei Salebration 2020, kesemua produk peralatan permainan komputer, Xtrike Me ditawarkan diskaun di mana ia menjadikannya lebih mampu untuk dimiliki.

    Turut ditawarkan dalam jualan berkenaan ialah mesin cetak jenama Epson yang sesuai bagi kegunaan pejabat dan juga rumah di mana ia mempunyai jaminan dua tahun Epson.

    Sementara itu, bagi para pelajar yang ingin mendapatkan komputer riba dengan harga yang mampu dimiliki, Concepts Computer menawarkan sebanyak lima model komputer riba Acer dengan harga di antara $498 hingga $608.

    Antara produk permainan video ditawarkan Concepts.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda