Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JUN – Concepts Computer Sdn Bhd tidak ketinggalan menyertai Pesta Pengguna ke-27 (CF27) dengan menawarkan harga istimewa bagi produk pengkomputeran dan aksesorinya.
Antara produk yang ditawarkan termasuklah komputer Acer, pencetak Epson, Logitech, Western Digital External Hardisk dan banyak lagi. Pelanggan yang hadir juga berpeluang menikmati harga Happy Hour untuk semua produk, yang termasuk harga terendah hanya sepanjang pesta berkenaan.
Pengarah Urusan Concepts Computer, Vincent Pao berkata, Concepts Computer sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada orang ramai dan pelanggan tetap yang telah memberikan sokongan padu selama ini.
Sempena pesta pengguna berkenaan, Concepts Computer juga tidak ketinggalan memberikan hadiah sagu hati kepada pelanggan yang membuat pembelian untuk mana-mana produk.
Ini termasuk hadiah sagu hati baju-T Epson untuk setiap pembelian mesin pencetak Epson dan Pen Xtrike percuma untuk setiap pembelian mana-mana produk Xstrike dan banyak lagi.
Orang ramai yang ingin mengetahui tawaran lanjut Concepts bolehlah mengunjungi petak jualan mereka di pesta tersebut yang berlangsung selama lima hari di Dewan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.


