Saturday, October 12, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Concepts tawar promosi istimewa untuk warga emas

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OKT – Dalam memberikan penyelesaian yang berpatutan bagi sesebuah organisasi agar mereka dapat bekerja dengan lebih mudah di mana sahaja mereka berada, Acer dan Concepts Computer pagi tadi memperkenalkan produk dan tawaran promosi terkini mereka iaitu di bawah jenama Acer Iconia iaitu Acer Iconia Tab P11-11 dan Acer Iconia Tab A8-11, masing-masing dengan skrin 11 inci dan 8.7 inci, yang akan dijual pada harga promosi.

    Eksekutif Pemasaran Produk Concepts Computer, Awang Zul bin Abdul Rahman menyatakan, Acer Iconia Tab P11-11 dilengkapi dengan pemproses Octa-core 2.2GHz, penyimpanan 128GB dan RAM 8GB.

    Skrin besar memastikan kebolehan membaca yang baik ketika bekerja dengan dokumen dan penyimpanan yang besar dapat menampung ribuan dokumen tanpa masalah.

    Tab P11-11 juga mempunyai slot microSD tambahan untuk penyimpanan tambahan dan kapasiti bateri bagi 12 jam penggunaan. Sementara itu, Acer Iconia Tab A8-11 didatangkan dengan pemproses Octa-core 1.8GHz, penyimpanan 64GB dan RAM 4GB. Dengan kapasiti bateri untuk penggunaan berterusan hingga tujuh jam dan berat hanya 400 gram, Acer Iconia A8-11 pula sangat sesuai bagi mereka yang bekerja tanpa henti dan sering bergerak.

    Selain itu, Concepts Computer menawarkan promosi khas kepada individu berusia 50 tahun ke atas untuk mendapatkan komputer riba Acer Aspire Lite AL 15-31P P9YD, yang dikuasakan oleh pemproses Intel Silver, dilengkapi dengan SSD 512GB, RAM 8GB, skrin IPS 15.6 inci, serta perisian Microsoft Office Home and Student, bagi memudahkan penggunaan harian seperti pembacaan dan penulisan dalam talian.

    Chua Yu Foong, Alice Chan, Azalinah Tuah dan Awang Zul bergambar bersama produk yang dipromosikan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    Pengurus Besar Concepts Computer, Vincent Pao, berkata, “Seperti biasa, Concepts Computer akan berusaha memberikan produk terbaik pada harga terbaik untuk pelanggan setia kami, itulah sebabnya kami membawa kembali promosi untuk mereka yang berusia 50 tahun ke atas.

    “Model Aspire Lite AL 15 sangat sesuai untuk pengguna yang baru memulakan perjalanan dalam dunia pengkomputeran, sama ada kanak-kanak mahupun golongan yang lebih tua,” tambahnya.

    Manakala, Awang Zul juga turut menambah, “Dengan kejayaan promosi Beli dan Cabutan Bertuah yang kami adakan untuk sebarang pembelian produk Acer, dari komputer hingga produk gaya hidup, Concepts juga akan melanjutkan promosi tersebut bagi pembelian tablet Acer Iconia.

    “Kami juga akan mengadakan promosi Beli dan Cabutan Bertuah untuk sebarang pembelian produk permainan Xtrike Me,” jelasnya.

    Hadir semasa pelancaran ialah Eksekutif Runcit Kanan, Azalinah Tuah; Perunding Nasihat Perniagaan, Chua Yu Foong; dan Bendahari Kewangan untuk Concepts Computer, Alice Chan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda