Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Congo mula mengundi

    KINSHASA, 30 Dis – Pilihan raya presiden yang akan membentuk masa depan negara-negara tidak stabil dan terbesar Afrika sedang dijalankan di Republik Demokratik Congo (DRC) hari ini selepas tertangguh dua tahun.

    Barisan panjang terbentuk di stesen undi, di mana para pemerhati melaporkan adanya halangan, termasuk mesin pengundian elektronik yang penggunaan awalnya mencetuskan ketegangan. Pilihan raya itu memberi DRC peluang bagi pemindahan kuasa aman yang pertama sejak ia meraih kemerdekaan dari Belgium pada 1960.

    Namun ancaman keganasan sangat besar, memberi masalah organisasi dan sangsi ke atas Presiden Joseph Kabila, yang enggan untuk meletak jawatan pada 2016 selepas tempoh penggal dua tahun mansuh.

    Kredibiliti pilihan raya telah menjadi tegang oleh penangguhan berulang kali, risiko masalah pada hari undian dan pertuduhan yang mesin undi akan membuahkan keputusan yang dimanipulasi.

    Menjelang pilihan raya, rundingan yang bertujuan untuk mengalihkan keganasan selepas undian telah tidak menjadi.

    Para pegawai polis berdiri mengawal di pintu masuk bilik mengundi di Kolej St Raphael di Kinshasa, sementara orang ramai berkumpul di hadapan untuk membantah semasa pilihan raya am Congo. – AFP

    Calon pembangkang Martin Fayulu dan Felix Tshisekedi enggan untuk menandatangani tata kelakuan yang dicadangkan oleh pengganti yang disukai Kabila, Emmanuel Ramazani Shadary.

    Mereka menuduh para pegawai bersama Suruhanjaya Pilihan raya Kebangsaan Bebas (CENI) menghalang perubahan dalam teks. PBB, AS dan Eropah telah menggesa agar pilihan raya diadakan secara bebas, adil dan aman – seruan yang dinyatakan lagi oleh presiden Angola, Botswana, Namibia, Zambia dan negara-negara jiran Republik Congo.

    Kabila mengundi di bandar itu bersama keluarganya, sejurus sebelum Shadary dan Fayulu.

    “Ia adalah hari yang hebat bagi saya, ia hari terbaik bagi Congo. Ia menjadi penamat pemerintahan diktator,” kata Fayulu.

    “Saya rasa bebas, lepas,” kata Victor Balibwa, seorang kakitangan awam berusia 53 tahun dan pengundi pertama yang membuang undinya di Lubumbashi, bandar perlombongan negara itu di tenggara.

    Di lapangan tersebut, sepasukan 41,000 pemantau pilihan raya yang dikerahkan oleh gereja Katolik berkata 830 stesen undi gagal untuk dibuka pada waktunya, dalam beberapa kes disebabkan oleh ‘kegagalan’ mesin pengundian. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda