Monday, October 7, 2024
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Congo mula program vaksinasi mpox

    CONGO, 6 OKT – Pihak berkuasa Congo kelmarin memulakan program vaksinasi terhadap mpox, hampir dua bulan selepas wabak penyakit yang merebak dari Congo ke beberapa negara Afrika dan seterusnya diisytiharkan sebagai kecemasan global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

    Sebanyak 265,000 dos yang didermakan kepada Congo oleh Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat (AS) mula dilancarkan di bandar timur Goma di wilayah Kivu Utara, di mana hospital dan pekerja kesihatan telah terbeban, berusaha untuk mengawal strain baharu mpox yang mungkin lebih menular.

    Congo, dengan kira-kira 30,000 kes disyaki mpox dan 859 kematian, menyumbang lebih daripada 80 peratus daripada semua kes dan 99 peratus daripada semua kematian yang dilaporkan di Afrika tahun ini. Kesemua 26 wilayah negara Afrika Tengah telah merekodkan kes mpox.

    Walaupun kebanyakan jangkitan mpox dan kematian yang direkodkan di Congo adalah kanak-kanak di bawah umur 15 tahun, dos yang diberikan hanya untuk orang dewasa dan akan diberikan kepada golongan berisiko serta petugas barisan hadapan, kata Menteri Kesihatan, Roger Kamba minggu ini. – AP

    Seorang lelaki menerima vaksinasi mpox di hospital Besar, di Goma, Republik Demokratik Congo pada 5 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda