Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Congo mulakan kempen vaksinasi Ebola

    BRAZZAVILLE, 27 APRIL – Republik Demokratik Congo hari ini melancarkan kempen vaksinasi selepas dua orang meninggal dunia akibat Ebola di bandar barat laut Mbandaka, umum pejabat Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) Afrika.

    Ia adalah wabak Ebola ke-14 di negara itu sejak 1976, termasuk enam sejak 2018.

    “Sejak beberapa tahun ini, dengan sokongan WHO dan rakan dan penderma lain, negara itu telah membangunkan kepakaran tempatan yang berupaya memberikan respons yang berkesan ke atas Ebola,” menurut kenyataan daripada WHO.

    “Dengan vaksin efektif yang tersedia dan pengalaman pekerja kesihatan Republik Demokratik Congo dalam respons memerangi Ebola, kami boleh menangani wabak ini,” kata pengarah serantau WHO untuk Afrika Matshidiso Moeti.

    Kira-kira 200 dos vaksin Ebola rVSV-ZEBOV telah dihantar ke Mbandaka, wilayah Equator, dari bandar timur Goma, dengan lebih banyak dos dijangka dihantar pada hari-hari akan datang.

    Kempen vaksinasi menggunakan ‘strategi lingkaran’ di mana semua kontak pesakit Ebola diberikan suntikan bersama pekerja barisan hadapan dan kesihatan.

    Kematian pertama membabitkan seorang lelaki muda yang meninggal dunia di hospital pada 21 April. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda