Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    CONMEBOL buka siasatan tatatertib

    MIAMI, 12 JULAI – Penganjur Copa America CONMEBOL telah membuka penyiasatan tatatertib terhadap tindakan keganasan pada penghujung separuh akhir Rabu lalu antara Uruguay dan Colombia di Charlotte.

    Penyerang Liverpool dari Uruguay, Darwin Nunez, adalah antara pemain yang terlibat dalam pergaduhan dengan peminat di Stadium Bank of America.

    Pertahanan tengah Uruguay, Jose Maria Gimenez, berkata para pemain telah terlibat dalam pergaduhan kerana bimbangkan keselamatan ahli keluarga mereka yang menonton perlawanan pada bahagian bawah stadium itu.

    Uruguay dijadualkan menentang Kanada, di stadium yang sama, dalam perlawanan tempat ketiga esok dan ia belum dapat dipastikan sama ada terdapat pemain yang akan digantung untuk perlawanan itu. – AFP

    Reaksi para peminat selepas perlawanan bola sepak separuh akhir Copa America antara Uruguay dan Colombia di Charlotte, North Carolina pada 10 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda