Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    CONMEBOL gesa format baru dipercepatkan

    BUENOS AIRES, 13 April – Persekutuan Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) meminta FIFA untuk memperkenalkan rancangannya untuk mengembangkan Piala Dunia kepada 48 pasukan menjelang kejohanan 2022 di Qatar.

    Kejohanan itu dijangka dibesarkan dari 32 pasukan kepada 48 buah pasukan menjelang final 2026, yang akan dianugerahkan sama ada kepada Maghribi atau gabungan tiga negara Amerika Utara iaitu Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.

    Presiden CONMEBOL, Alejandro Dominguez telah menyerahkan sepucuk surat di organisasi kongress di Buenos Aires kepada presiden FIFA Gianni Infantino, yang mana surat itu ditandatangani 10 ketua persekutuan Amerika Selatan, menggesa bagi penambahan pasukan itu.

    “Kami meminta Piala Dunia 2022 boleh memainkan 48 pasukan,” kata Dominguez. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda