ROM, 29 OGOS – Presiden Itali, Sergio Mattarella telah memberikan perdana menteri Giuseppe Conte mandat untuk membentuk kerajaan baharu hari ini, susulan satu perjanjian untuk menghentikan pilihan raya awal.
Five Star Movement (M5S) dan Parti Demokratik (PD), sebelum ini musuh ketat, bersetuju semalam untuk mentadbir satu gabungan susulan kejatuhan kerajaan populis Itali awal bulan ini.
Conte dengan bersyarat menerima mandat tersebut dan dijangka diberikan masa beberapa hari bagi konsultasi politik untuk memastikan majoriti kerja dalam parlimen. Ketua M5S, Luigi Di Maio berkata perjanjian dengan PD itu perlu diluluskan oleh ahli-ahli parti dalam satu undian dalam talian, yang mana akan berlaku pada hujung minggu ini.
Krisis itu tercetus pada 8 Ogos apabila pemimpin sayap kanan, Matteo Salvini mengeluarkan partinya, League, dari gabungan pentadbir dengan M5S, menggesa bagi pilihan raya baharu yang dirasakannya akan menjadikannya perdana menteri. – AFP
